Saturday, January 1, 2011

TADIKA AGAMA JOHOR
SEKOLAH  AGAMA PINTAS PUDING,
PT SEMPADAN, 86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR.
NO TEL : 019-7001445 (USTAZAH NORA AZLINAJIY BT MUJI)





PENGENALAN TAJ

  • Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitikberatkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan.
  • Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.





OBJEKTIF

  • Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa  dan   
     negara.
  •  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
  • Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan pembacaan 
    Al-Quran dan dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan 
    baik.
  • Membentuk konsep diri yang positif  serta memupuk
     semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai 
    hak dan kebolehan orang lain.
  •  Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
    Bahasa Arab, Matematik dan Sains.


  

KEISTIMEWAAN

  • Menguasai kemahiran asas Al-Quran, 
    Jawi dan Fardhu Ain.
  • Mengamalkan budaya hidup Islam.
  • Menguasai asas Bahasa Ibunda,
     Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.



SEJARAH TAJ NUR KASIH


TAJ NUR KASIH yang mula diwujudkan di Sekolah Agama Pintas Puding pada tahun 2005 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah penyelarasan Ustazah Nora Azlinajiy binti Muji semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
       Ia bermula secara berperingkatperingkat bilamana Program TAJ ini mula diperkenalkan. Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari tahun ke tahun untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
       Pihak guru lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar, di samping mengetahui asas Al-Quran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak

KURIKULUM

    Kurikulum prasekolah pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
      Kurikulum TAJ juga telah melahirkan satu program baru di bawah Projek Kerajaan Negeri Johor iaitu Pintar Al- Quran yang telah dilaksanakan pada awal Januari 2010 baru- baru ini.



AKTIVITI KOKURIKULUM


  • PENDIDIKAN JASMANI -Membawa murid menghirup udara segar, mengadakan aktiviti riadah di luar bilik darjah.

  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR Memperkenalkan murid-murid TAJ kepada masyarakat.

      • MAJLIS MAULIDUR RASUL -Murid TAJ mengikuti segala perancangan yang telah diatur seperti Maulidurrasul, Majlis Israk Mikraj yang bersesuaian dengan kemampuan murid TAJ.
      • HARI TERBUKA-Perbincangan  antara ibu bapa bersama guru bagi menyelesaikan permasalahan dan kekurangan pada anak-anak TAJ.

      • TILAWAH AL-QURAN-Melahirkan murid TAJ yang mahir membaca Al-Quran dengan lancar berserta dengan tajwid yang betul.
      • SUKAN TAHUNAN-Melibatkan aktiviti sukan secara berkumpulan, individu berdasarkan acara-acara yang telah ditetapkan.

      • KONVOKESYEN-Hari penyampaian sijil sebagai tanda penghargaan kepada     murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran murid disekolah Tadika Agama Johor. Murid-murid diberi sijil mengikut prestasi dan pencapaian yang diperoleh.